Pegawai Penyiasat | Tommy Thomas arah dakwa Shahrir, kertas siasatan tak lengkap

2022-12-23 0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat diberitahu bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Tan Sri Shahrir Ab Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop, berkata beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin pada 15 Januari 2020 untuk mendakwa bekas Pengerusi FELDA itu.